suria

BCL belum tidur, trauma suami meninggal atas katil - “Aku takut tidur di bilik, aku tak boleh tidur di bilik lagi”

BCL masih bersedih kehilangan suami.

DUA hari pemergian pelakon Ashraf Sinclair, keadaan isterinya Bunga Citra Lestari atau BCL kini semakin baik.

Perkara itu diberitahu rakan baiknya, penyanyi Afgan yang ditemui media di kediaman Allahyarham selepas majlis tahlil hari kedua, malam Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia seperti sedang tidur” - Teman artis kongsi keadaan jenazah Ashraf Sinclair sebelum dikebumi

ARTIKEL BERKAITAN: Salah sebut nama Bunga Cinta Lestari detik perkenalan BCL, Ashraf... ini 10 fakta kisah cinta sejati mereka

"Tadi Unge (BCL) sudah lebih baik, sudah boleh berbual, dia bilang penat, badannya letih dan belum tidur.

"Jadi, saya minta pastikan dia ada doktor yang rawat dan tidak lupa makan," ujar Afgan seperti dipetik Kompas.com.

Sementara itu, Agfan berkata, anak arwah Noah Aidan Sinclair, 10, sudah sedikit ceria.

BCL masih trauma dengan apa yang berlaku.

Kata Agfan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza, ramai ahli keluarga dan kanak-kanak yang berkumpul di rumahnya ketika ini.

"Noah sudah semakin baik, sudah boleh bercakap kerana ramai sepupu-sepupunya di sini. Alhamdulillah semoga ke depannya semakin kuat dan semakin ikhlas," katanya.

Sementara itu, pelawak Indonesia yang juga rakan baik BCL iaitu Aming dalam sebuah program Pagi Pagi Pasti Happy pada malam Rabu memberitahu penyanyi Wanita Terbahagia itu masih trauma.

BCL kini semakin baik.

Seperti dipetik Tribun News, Aming berkata, BCL mengalami trauma dan takut untuk tidur di bilik yang kebiasaannya bersama suami.

"Ming, aku takut tidur dalam bilik, aku tak boleh tidur di kamar lagi," ujar Aming memetik kata-kata BCL.

Tambah Aming, pada malam kejadian BCL pulang ke rumah pada pukul 2 pagi selepas menjadi juri Indonesia Idol.

Dia melihat suaminya sedang tidur dan cuba mengejutkannya namun tiada reaksi.

BCL kemudian membawa suaminya ke hospital selepas melihat arwah kaku dan mulut berbuih.

Ashraf meninggal dunia pada usia 41 tahun akibat serangan jantung.

Artikel Lain