suria

Tiada lagi burung gergasi Big Bird dan Oscar, Caroll Spinney meninggal dunia kerana gangguan saraf

Caroll Spinney sebelum ini membawa watak Big Bird selama lebih 50 tahun, sebelum membuat keputusan untuk bersara daripada Sesame Street, tahun lalu.

TIADA lagi kicauan burung kuning gergasi Big Bird dan Oscar the Grouch menerusi rancangan televisyen kanak-kanak Sesame Street yang berbentuk pendidikan.

Pelakon suara watak Big Bird dan Oscar the Grouch, Caroll Spinney disahkan meninggal dunia di usia 85 tahun di kediamannya di Connecticut, Amerika Syarikat pada Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi kes bintang Kpop ditemui mati... Cha In Ha tinggalkan mesej terakhir di Instagram

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Sesame Workshop, Caroll meninggal dunia setelah sekian lama menghidap gangguan saraf 'dytonia', menyebabkan pergerakan otot sukar dikawal.

Caroll Spinney meninggal dunia selepas menghidap gangguan saraf 'dytonia'.

Caroll membawa watak Big Bird selama lebih 50 tahun, sebelum dia mengambil keputusan untuk bersara daripada Sesame Street tahun lalu dan memilih sendiri pengganti bagi membawa watak tersebut.

"Caroll adalah seorang artis genius yang membantu dalam membentuk Sesame Street sejak permulaan kariernya pada tahun 1969 hingga lima dekad.

"Bakatnya yang luar biasa amat sesuai bagi memainkan watak burung kuning itu yang membawa kegembiraan kepada kanak-kanak serta peminat yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur di seluruh dunia," kata Sesame Workshop.

Tidak hanya itu, terdapat enam kejayaan yang berjaya dicapai oleh Caroll sepanjang kariernya menerusi rancangan itu.

Antaranya ialah lima Anugerah Daytime Emmy dan satu anugerah pencapaian seumur hidup oleh National Academy Of Television Arts and Sciences.

Caroll Spinney

Artikel Lain