suria

Reaksi wajah Jackson (GOT7) terhadap persembahan Park Jin Young yang berseluar lutsinar tular

Tular di laman sosial reaksi wajah Jackson Wang ketika Park Jin Young membuat kemunculan di pentas MAMA2019.

PENYANYI kumpulan GOT7, Jackson Wang memuat naik satu posting memaparkan foto Park Jin Young mengayakan seluar plastik sebagai gurauan.

Posting tersebut bagaimanapun menarik perhatian ramai selain mengundang tawa kerana rata-rata antara mereka menyifatkan ia sebagai sesuatu yang melucukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pita suara bengkak, Shawn Mendes batalkan konsert di Brazil

ARTIKEL BAERKAITAN: Dul Jaelani ganti Ahmad Dhani jadi vokalis Dewa 19

Berdasarkan posting tersebut, penyanyi berusia 25 tahun ini berkata pada mulanya dia tidak menyangka dan terkejut apabila Park Jin Young mengayakan busana yang diperbuat daripada plastik semasa membuat kemunculan di Mnet Asian Music Awards (MAMA 2019), baru-baru ini.

Posting yang dimuat naik oleh Jackson di Instagram miliknya.

"Saya terkedu tanpa suara ketika Park Jin Young membuat kemuculan pada persembahan pembukaan dengan mengayakan seluar plastik. Saya akur, saya akur! Ia bukan kerana kamu," katanya pada posting itu.

Selain itu, Jackson turut mempromosi lagu terbaharu daripada Park Jin Young dengan mengatakan dia 'fever' (demam) selepas selesai persembahan itu. Malah bertambah lucu lagi apabila Jackson turut mengenakan tanda pagar #plasticbagpants.

Jelasnya lagi, ini sebagai balasan selepas Park Jin Young memuat naik gambar yang mempamerkan reaksinya ketika melihat persembahan itu.

Reaksi yang dipamerkan oleh Jackson ketika Park Jin Young membuat persembahan.

Memetik daripada laporan lepas, kemunculan penyanyi serta penulis lagu terkenal, Park Jin Young di pentas MAMA 2019 pada Rabu, membuatkan penonton terpukau.

Ditambah pula, pada malam tersebut Park Jin Young turut mengenakan pakaian ikoniknya 'vinil lut sinar' itu seperti kemunculannya dalam industri seni sekitar 1990-an.

Malah penampilannya itu sangat terkenal serta menjadi ikutan ramai selain jadikan parodi.

Pakaian yang dipakai oleh Park Jin Young pada malam itu.

Difahamkan, ketika penyiaran program itu secara langsung, kamera memberi fokus dan sempat merakam reaksi salah seorang ahli kumpulan GOT7, Jackson dengan mulut sedikit terbuka semasa Park Jin Young mempersembahkan lagu berjudul 'Do not Leave Me'.

Manakala, rakan kumpulanya, Mark dan BamBam tidak henti menahan tawa.

Dapat dilihat Jackson seolah-olah tidak dapat menyembunyikan reaksinya yang sedikit terkejut dengan tindakan berani Park Jin Young memperagakan pakaian tersebut.

Malah reaksi yang dipamerkan Jackson menjadi tular di laman sosial. SUMBER- Soompi

Jackson, persembahan

Artikel Lain