suria

Kehidupan serba mewah hingga tiada masa untuk sibuk, Nia Ramadhani terpaksa makan ais krim untuk isi masa lapang

Nia cari aktiviti masa lapang dengan makan ais krim.

PELAKON terkenal Indonesia, Nia Ramadhani mengakui mempunyai banyak masa lapang sehinggakan dia terpaksa meluangkan masa dengan memakan ais krim bagi mengisi aktiviti rutin hariannya. 

Nia atau nama sebenarnya Prianti Nur Ramadhani, 29, telah memuat naik sebuah video di laman sosial bagi memperlihatkan dia dan rakannya, Prita sedang mengisi masa lapang dengan memakan ais krim di sebuah kedai ais krim. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Pakai pisau atau gigit?” - Gelagat Nia Ramadhani tak tahu cara kupas buah salak jadi trending di Twitter

Menerusi video tersebut, kelihatan Prita menyapa dan mengusik Nia Ramadhani.

"Tiba-tiba keluar rumah buat apa?" tanya Prita sambil tertawa. 

Nia akui tidak sibuk jalani kehidupan seharian.

"Beli ais krim, biar ada aktiviti," katanya di Insta Story, Instagram. 

Sebelum perkongsian video itu, pelakon yang dikenali menerusi drama Bawang Merah Bawang Putih ada memuat naik sebuah posting menyatakan dia banyak masa terluang sehingga perlu mencari aktiviti dalam kehidupan sehariannya. 

Isteri kepada Ardi Bakrie ini boleh dikatakan memiliki kehidupan serba mewah selepas berkahwin dengan suaminya pada April 2010.

Kini, Nia dikhabarkan banyak menghabiskan waktunya di rumah kerana tidak menjalani apa-apa aktiviti. - Tribun News

Nia Ramadhani

Artikel Lain