suria

Miley Cyrus bertukar pasangan lagi, kini bercinta dengan Cody Simpson

Miley dan Cody mengesahkan mereka kini pasangan kekasih.

PENYANYI Miley Cyrus akhirnya mengesahkan dia dan penyanyi Cody Simpson kini sedang menjalinkan hubungan cinta.

Hubungan pasangan ini mula diperkatakan apabila foto mesra mereka menjadi tular di laman sosial sehingga menyebabkan rakan terdekat Miley bimbang melihat kehidupannya kini.

Memetik laporan daripada Hollywoodlife, selepas mengesahkan hubungan itu, pasangan ini dilihat meluangkan masa sarapan pagi bersama ibu kepada Miley.

Miley luangkan masa bersama ibunya.

Foto Miley bersama Cody sedang menikmati sarapan bersama ibunya, Tish Cyrus di Toluca Lake, Los Angeles pada Sabtu sempat dirakam jurugambar bebas.

Sebelum ini, Miley pernah mengejutkan dunia hiburan apabila dia mengumumkan perpisahannya dengan Liam Hemsworth selepas hanya lapan bulan berkahwin.

Selepas perpisahan itu, Miley dikatakan mula menjalinkan hubungan cinta dengan Kaitlynn Carter namun mereka berpisah selepas enam minggu bersama.

Miley Cyrus, Cody Simpson

Artikel Lain