Kerabu Pucuk Paku, Taugeh Kerang - Website | mStar

Kerabu Pucuk Paku, Taugeh Kerang

Diterbitkan: Selasa, 14 Jun 2016 8:00 AM

Kerabu Pucuk Paku dan Taugeh Berkerang oleh Nurul Syafina Binti Ibrahim
(Ubah saiz teks)

Kerabu Pucuk Paku & Taugeh Berkerang

Bahan-bahan sambalnya

·         1/2 biji kelapa-jadikan keresek.

·         4 ulas bawang merah

·         1 sudu lada hitam

·         4 ekor ikan sardin/selayang dibakar

*Tumbuk lumat semua bahan

Bahan perasanya

·         Gunakan santan pekat (dalam 1/2 biji kelapa-nak 1 bijipun lagi sedap dan lebih banyak kuah)

·         Gunakan kerang rebus- bersihkan kerang, masukkan dalam periuk, jangan letak air..tutup periuk dan rebus.

·         Kerang akan masak dengan airnya sendiri. Dah sejuk boleh kupaskan isinya.

·         Ini sayur yang saya guna, pucuk paku direbus layu, taugeh rebus sekejap je dan bawang besar dimayang.

·         Masa siang pucuk paku jangan gunakan pisau nanti terpotng sekali bahagian yang dah keras.

·         Siang guna tangan dan patah-patahkan saja sebab kita nak buat kerabu, perlukan bahagian yang lembut sahaja. 

·         Masukkan semua bahan dalam satu bekas, masukkan gula, garam dan perah asam limau nipis.

 ·         Gaul sebati. Siap. Selamat Mencuba.... 

* Hadiah peraduan ini ditaja oleh AQUA SELATAN SDN BHD/Pemangkin pelancongan Aqua anda. Tel: Ateng 019-2617181


   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan