X Close

Daging Serai

Diterbitkan: Rabu, 1 Jun 2016 8:00 AM

Daging Serai

(Ubah saiz teks)

Daging Serai


BAHAN-BAHAN:

1 kilogram daging - dipotong dadu

50 batang serai - dihiris halus

3 sudu besar kicap

3 sudu besar madu

3 sudu besar gula

2 keping asam keping

4 sudu besar cili giling

Sedikit garam

Minyak untuk menumis

 

Bahan-bahan kisar:

2 labu bawang besar

5 ulas bawang putih

4 cm halia

 

CARA MENYEDIAKAN:

1. Perap daging dengan kicap, madu dan gula.

2. Goreng serai yang telah dihiris halus sehingga keperangan. Asingkan.

3. Masak daging yang telah diperap tadi sehingga daging lembut dan separuh kering. Asingkan.

4. Tumis cili giling bersama bahan-bahan yang dikisar sehingga naik bau dan masukkan garam secukup rasa.

5. Kemudian masukkan daging yang telah diasingkan tadi dan gaul sehingga sebati.

6. Akhir sekali, masukkan asam keping dan hirisan serai yang telah digoreng tadi. Gaul sebati dan sedia untuk dihidangkan.

 

* Hadiah peraduan ini ditaja oleh AQUA SELATAN SDN BHD/Pemangkin pelancongan Aqua anda. Tel: Ateng 019-2617181




Tags / Kata Kunci: Daging Serai

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan