Tony Fernandes Dilantik Semula - Niaga | mStar

Tony Fernandes Dilantik Semula

Diterbitkan: Sabtu, 30 Disember 2017 9:31 AM

Tony Fernandes.
(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah Bukan Eksekutif AirAsia X Bhd, Tan Sri Tony Fernandes telah dilantik semula sebagai Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Bersama syarikat perniagaan itu, berkuat kuasa 1 Jan, 2018.

Susulan lantikan itu, beliau akan menyertai Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Kamarudin Meranun untuk bersama-sama menerajui syarikat tersebut.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, AirAsia X berkata Fernandes juga merupakan Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd.

“Beliau telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan sepanjang kerjaya beliau dan ini termasuklah Honour of the Commander of the Order of the British Empire, yang dianugerahkan oleh Baginda Ratu Elizabeth II pada 2011, dan Commander of the Legion d'Honneur, yang dianugerahkan oleh Kerajaan Perancis,” kata syarikat itu.

Baru-baru ini, AirAsia juga mengumumkan perubahan pucuk pimpinannya yang merupakan sebahagian daripada penyusunan semula dalaman syarikat itu.

Ia termasuklah pelantikan Riad Asmat sebagai CEO berkuat kuasa 10 Jan, 2018, manakala CEO sekarang Aireen Omar dilantik sebagai Timbalan CEO Kumpulan bagi membantu mentransformasikan AirAsia menjadi sebuah syarikat global yang berlandaskan produk dan platform awan. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Tony Fernandes , AirAsia
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan