Jenama TNB Kini Ke-6 Terbaik Di Malaysia - Niaga | mStar

Jenama TNB Kini Ke-6 Terbaik Di Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 17 Disember 2017 3:36 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menduduki tempat keenam dalam senarai jenama terbaik di negara ini berdasarkan Malaysia Top 100 Brands 2017 yang dikeluarkan oleh Brand Finance Asia Pacific baru-baru ini.

“Ini bermakna dua tahun berturut-turut TNB memperbaiki kedudukan dari tempat kelapan pada 2015 kepada ketujuh tahun lalu, dan sebagai jenama Malaysia keenam paling bernilai pada 2017.

“Kali ini, dengan rating AA, TNB memperolehi nilai penjenamaan sebanyak AS$1.583 bilion berbanding US$1.187 bilion tahun lalu,” kata syarikat pembekal tenaga itu dalam satu kenyataan pada Ahad.

Brand Finance Asia Pacific, dalam laporannya, menggariskan kriteria pemilihan yang antara lain ialah input audit jenama, tingkah laku pemegang berkepentingan dan prestasi syarikat.

Sebelum ini, TNB melonjak 15 anak tangga dengan menduduki tempat ke-24 dalam senarai 50 jenama utiliti terkemuka global Brand Finance 2017, pada Mac lepas.

Ia berikutan peningkatan ketara sebanyak 33 peratus dalam nilai jenama syarikat utiliti nasional itu kepada AS$1.583 bilion (RM7.01 bilion) berbanding AS$1.187 bilion (RM5.25 bilion) pada 2016.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: TNB

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan