Pengerusi HDC Rangkul Anugerah Kepemimpinan Pembangunan Halal Global - Niaga | mStar

Pengerusi HDC Rangkul Anugerah Kepemimpinan Pembangunan Halal Global

Diterbitkan: Rabu, 13 Disember 2017 6:09 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC), Datuk Seri Rizuan Abd Hamid, telah dinobatkan sebagai penerima Kepemimpinan Pembangunan Industri Halal Global bagi Anugerah Malaysia International Business 2017.

Pengumuman itu dibuat pada satu majlis Makan Malam Gala di Shah Alam, Selangor, malam.

Dalam satu kenyataan pada Rabi, Rizuan menyifatkan anugerah itu sebagai pengiktirafan terhadap visi serta misi HDC bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju industri halal global serta menyuntik nilai bagi perniagaan yang terbabit dalam industri itu serta memberi manfaat terhadap ekonomi negara ini.

"Saya bersyukur dengan pemberian anugerah ini dan berterima kasih kepada Dewan Perniagaan Melayu Selangor di atas pemilihan ini.

“Anugerah itu merupakan satu lagi pencapaian untuk HDC dan merupakan pengiktirafan jelas bahawa kami berada di landasan tepat untuk mempertingkatkan aktiviti bagi memacu nilai tambah industri ini," katanya.

Komitmen HDC membangunkan industri halal itu bermula sejak penubuhannya pada 2006 yang disusuli dengan inisiatif Pelan Induk Pembangunan Industri Halal 2008-2020 yang bertujuan melonjakkan aspek halal sebagai sumber pertumbuhan ekonomi yang baharu.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Rizuan , HDC
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan