suria

AirAsia Menang Lagi

KUALA LUMPUR: AirAsia dipilih sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia bagi tahun kelima berturut-turut pada acara kemuncak World Travel Awards (WTA) 2017 di Phu Quoc, Vietnam pada Ahad.

Syarikat penerbangan tersebut menerima undian tertinggi daripada penggiat dan profesional dalamindustri itu dari seluruh dunia.

Dalam kenyataan, AirAsia berkata, pihaknya juga memenangi anugerah Krew Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia yang julung-julung kali diperkenalkan, mengatasi  Southwest Airlines, JetBlue, Ryanair, easyJet, Jetstar Airways, Norwegian Air, West Air, flydubai, Air Arabia, flynas, kulula, Mango dan fastjet.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes berkata, beliau gembira dan berbangga menerima anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia oleh WTA bagi tahun kelima berturut-turut. - Bernama

AirAsia

Artikel Sebelum

SIX Perkukuh Budaya Inovasi

Artikel Berikut

Artikel Lain