Tren Laju KL-Singapura Setiap 30 Minit

Diterbitkan: Jumaat, 8 Disember 2017 3:31 PM

Loader menunjukkan peta laluan kereta api ekspres berkelajuan tinggi pada sesi taklimat, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Perkhidmatan kereta api ekspres berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura dari Bandar Malaysia ke Jurong East akan beroperasi setiap 30 minit, kata Pengarah Penghantaran Projek MyHSR Corp, Mark Loader.

Selain itu, khidmat domestik juga disediakan di mana tren itu akan berhenti di semua stesen sepanjang laluan di Malaysia dan ia akan beroperasi setiap setengah jam.

Loader berkata, frekuensi yang dicadangkan berasaskan jangkaan yang dibuat syarikat selepas mengambil kira sebanyak 60 penerbangan setiap hari antara Kuala Lumpur dan Singapura.

"Perkhidmatan ekspres tanpa henti itu akan tiba di Singapura dalam mada 90 minit dan penumpang yang naik di stesen Bandar Malaysia dapat selesaikan urusan Imigresen Singapura sebelum berlepas.

"Bagi yang menaiki perkhidmatan tren domestik dari stesen lain seperti Seremban atau Melaka, mereka perlu selesaikan urusan Imigresen Singapura di stesen Iskandar Puteri dan kemudiannya mengambil tren ke Singapura," katanya pada sesi taklimat pada Jumaat.

Lapan stesen akan dibina sepanjang 350 kilometer iaitu Bandar Malaysia, Bangi-Putrajaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri dan Jurong East di Singapura.

Khidmat domestik antara Bandar Malaysia ke Iskandar Puteri di mana tren akan berhenti di setiap stesen akan mengambil masa selama 120 minit.

Dari Iskandar Puteri, penumpang boleh menaiki tren shutle yang mengambil masa 15 minit untuk tiba di Jurong East.

Loader berkata, projek berkenaan dijangka bermula pada akhir tahun ini dan siap pada 2026.

Selain itu, katanya, pihaknya telah mendapat lebih 9,000 komen dan cadangan sejak bermula 1 November lalu ketika melakukan proses pemeriksaan awam yang akan tamat 31 Januari 2018.


Tags / Kata Kunci: Loader , MyHSR Corp

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan