BSN Perkenal Produk BSN Microplus - Niaga | mStar

BSN Perkenal Produk BSN Microplus

Diterbitkan: Rabu, 29 November 2017 11:30 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) memperkenalkan kemudahan Skim Pembiayaan BSN Microplus bagi membantu usahawan mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Menurut kenyataan BSN hari ini, produk ini merupakan kesinambungan pembiayaan mikro yang telah diperkenalkan dan ditawarkan sejak 10 tahun lepas kepada usahawan mikro bagi memastikan perniagaan mereka lebih berdaya saing.

“Pembiayaan BSN Microplus kini ditawarkan dengan jumlah maksimum RM250,000 berbanding Pembiayaan BSN Micro/i sebelum ini yang hanya menawarkan jumlah maksimum RM50,000 sahaja.

“Keutamaan ditawarkan kepada peminjam sedia ada dengan keupayaan perniagaan yang dinamik, berdaya saing dan berupaya untuk dimajukan ke tahap yang lebih besar serta mempunyai rekod pembayaran yang baik,” kata BSN.

Timbalan Ketua Eksekutif Sokongan Korporat BSN Ahmad Latfan Mohd Amran berkata bank itu menyedari usahawan mikro menghadapi cabaran yang besar untuk mendapatkan bantuan pembiayaan bagi mengembangkan perniagaan mereka.

“Justeru, melalui Pembiayaan BSN Microplus yang lebih kompetitif dengan jumlah pembiayaan yang lebih besar, dapat membantu mereka, sekali gus meneruskan inisiatif pembangunan usahawan mikro di Malaysia” katanya.

Inisiatif BSN untuk membantu para usahawan mikro bermula dengan pembiayaan BSN Micro/i yang diperkenalkan pada 2007.

Skim ini berkembang dengan baik apabila berjaya membiayai lebih 58,000 pelanggan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM1.5 bilion berbanding 320 pelanggan dengan jumlah pembiayaan sebanyak RM5 juta pada tahun pertama diperkenalkan.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: BSN
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan