Celcom Tingkat Perkhidmatan - Niaga | mStar

Celcom Tingkat Perkhidmatan

Diterbitkan: Selasa, 28 November 2017 4:29 PM

(Ubah saiz teks)

CELCOM Axiata Berhad (Celcom) komited terus memberi tumpuan terhadap peningkatan kualiti rangkaian dan menyediakan pengalaman hebat kepada pelanggan pada masa akan datang.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Michael Kuehner berkata, pada masa sama, Celcom juga akan melancarkan lebih banyak inovasi dan perkhidmatan baharu.

“Antara usaha dijalankan termasuklah mendigitalisasikan perkhidmatan pelanggan, selain memperkenalkan platform masa nyata untuk maklum balas pelanggan dan ruang mendengar sosial yang menyaksikan pertumbuhan positif dalam capaian dan penglibatan,” katanya selepas mengumumkan prestasi kewangan Celcom pada suku ketiga 2017 di Kuala Lumpur.

Pada tahun ini, Kuehner berkata,  Celcom memperuntukkan sebanyak RM1.3 bilion perbelanjaan modal (Capex) bagi pelbagai tujuan antaranya meningkatkan rangkaian liputan LTE 4G.

“Kami juga akan meningkatkan produktiviti dalam bidang fokus utama seperti tenaga kerja, inovasi, teknologi dan proses dalam inisiatif kami berikutnya,” katanya.

Pada suku ketiga tahun ini, katanya, Celcom mencatatkan hasil perkhidmatan sebanyak RM1.524 bilion dengan peningkatan 1.9 peratus dan jumlah keseluruhan hasil RM1.655 bilion yang naik 2.1 peratus.

Dalam pada itu, Celcom juga mengekalkan prestasi data keseluruhan pada suku ketiga dengan hasil data bagi tahun ke tahun meningkat 25 peratus kepada RM730 juta, yang menyumbang 44 peratus kepada hasil keseluruhan syarikat.

Antara inisiatif dijalankan Celcom sepanjang suku ketiga termasuklah pengenalan pelan ansuran telefon pintar pertama bagi prabayar menerusi Easyphone for Prepaid memacu media sosial dengan Experience Hub dan Kempen ParentsUnite serta aplikasi KidSafe.- Sinar Harian


Tags / Kata Kunci: Celcom

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan