6,000 Tempahan Myvi Baharu Diserahkan

Diterbitkan: Sabtu, 18 November 2017 2:06 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perodua Myvi serba baharu yang dilancarkan pada 16 November lalu membuat serahan pertamanya pada Jumaat kepada pelanggan pertamanya, Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Myvi serba baharu itu yang menerima tempahan berjumlah 6,000 unit sehingga pukul 8.00 malam 17 November, memulakan serahannya seawal pukul 8.00 pagi pada hari yang sama, kata Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) dalam satu kenyataan di sini, Sabtu.

Syarikat kereta kompak pilihan utama rakyat Malaysia itu membuka tempahan bagi model tersebut pada 9 November lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata syarikat itu terus komited memaksimumkan serahan kereta tersebut bagi memastikan Perodua Myvi serba baharu itu dapat diserahkan dengan cepat kepada pemilik masing-masing.

Sementara itu, Abdul Wahid berkata beliau amat berbangga menjadi pelanggan pertama membuat tempahan dan menerima serahan pertama Perodua Myvi serba baharu itu pada pagi Jumaat.

“PNB sememangnya berbangga dengan pencapaian Perodua, syarikat penerima pelaburan kami. Mereka benar-benar layak memegang status syarikat kereta nasional. Tahniah kepada pasukan di Perodua,” kata Abdul Wahid.

Generasi pertama Perodua Myvi diperkenalkan pada 2005 dan lebih sejuta unit telah dikeluarkan antara 2005 dan 2017, menjadikannya model Perodua paling popular dalam sejarah.

Sejak Agos 1994 Perodua telah mengeluarkan lebih 3.2 juta kenderaan. - BERNAMA

Tags / Kata Kunci: Myvi , Perodua

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan