suria

PKS Perlu Tingkatkan Produktiviti, Sumbangan Kepada Ekonomi

KUALA LUMPUR: Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu meningkatkan pengeluaran serta sumbangan kepada ekonomi sekurang-kurangnya sebanyak lapan peratus, dalam usaha mencapai sasaran sumbangan 41 peratus kepada ekonomi menjelang 2020, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, kerajaan mahu melaksanakan transformasi ke atas PKS memandangkan sektor itu akan menjadi pemacu ekonomi dari segi mewujudkan kekayaan dan peluang pekerjaan.

Setakat ini, sumbangan PKS kepada ekonomi adalah sebanyak 36.9 peratus.

“Saya tidak mahu PKS berada di tahap yang lama. Kita mahu PKS ditransformasikan dan atas faktor itulah mengapa kita menyediakan peruntukan terbesar iaitu RM22.2 bilion (dalam Bajet 2018).

“Saya mahu PKS menggunakan peruntukan tersebut untuk tujuan perluasan, pemula niaga, eksport dan automasi bagi Revolusi Perindustrian 4.0,” katanya semasa sesi ‘town-hall' sempena perasmian Persidangan PKS dan Pameran Tahunan PKS 2017 di sini, Khamis.

Sesi itu dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Malaysia, Datuk Dr Hafsah Hashim.

Hadir sama ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Artikel Sebelum

Bajet Perak 2018 Dibentang 21 Nov

Artikel Berikut

Artikel Lain