Malaysia Catat Tempahan Tertinggi Online

Diterbitkan: Rabu, 15 November 2017 6:30 PM

(Ubah saiz teks)

MALAYSIA mendahului carta apabila mencatatkan lebih 40 tempahan seminit menerusi penyedia e-dagang terkemuka milik Ali Baba Group (Alibaba) dengan kerjasama ShopBack, berbanding lima negara lain melibatkan Singapura, Filipina, Indonesia, Thailand dan Taiwan.

Data itu diperoleh menerusi kaji selidik 11.11 Single's Day dengan 6,000 pesanan dibuat dalam tempoh satu jam, iaitu enam kali ganda daripada prestasi biasa.

Kaji selidik itu melibatkan portal milik Alibaba iaitu Taobao, Tmall dan AliExpress menerusi kerjasama dengan ShopBack dalam festival beli-belah 11.11 Singles’ Day.

Pengurus Besar Negara ShopBack Malaysia, Alvin Gill berkata, menerusi kaji selidik itu, kebanyakan masyarakat Malaysia membeli-belah selepas tengah malam iaitu antara jam 12 hingga 12.59 pagi, dengan tempahan tertinggi berjumlah RM11,000 menerusi ShopBack.

"Perbelanjaan purata bagi setiap pelanggan Malaysia pula adalah sekitar RM101 (AS$24)," katanya.

Dalam festival membeli-belah 11.11 Single's Day, katanya, hampir 60 peratus daripada trafik web dan aplikasi datang daripada pelanggan baharu.

"Ia sekali gus menunjukkan kemungkinan festival itu menggalakkan lebih ramai orang membeli-belah, termasuk petunjuk positif kepada tahap keberkesanan sambungan pelayar unik, ShopBack dan Ultimate Guide yang dibangunkan,"katanya.

Alibaba memecah rekod Single's Day apabila mencatatkan jualan RM104.7 bilion (AS$25 bilion) dalam masa sehari.- Sinar Harian

Tags / Kata Kunci: Alvin Gill , Shopback

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan