FHC 2017 Tawar Peluang Kerjasama Dengan Syarikat China - Miti

Diterbitkan: Rabu, 15 November 2017 4:15 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pameran Antarabangsa Untuk Makanan, Minuman, Hospitaliti, Perkhidmatan Makanan, Bakeri dan Industri Runcit 2017 (FHC 2017) Ke-21, telah membuka banyak peluang kepada usahawan Malaysia untuk meneroka kerjasama dengan rakan kongsi baharu bagi mengeksport produk makanan dan minuman Malaysia ke China serta ke peringkat antarabangsa.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, penyertaan mereka dalam pameran itu diselaras oleh Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia.

Tahun ini, 28 syarikat Malaysia menyertai pameran tiga hari tersebut yang diadakan di Shanghai mulai 14 November 2017, katanya.

Menteri Kedua MITI, Datuk Seri Ong Ka Chuan turut hadir bagi menemui pelabur berpotensi dari Shanghai bagi mengembangkan perniagaan mereka ke Malaysia.

“Keseluruhannya FHC 2017 telah mendaftar 2,350 peserta daripada 73 negara dan wilayah. Banyak negara peserta, termasuk Malaysia, mendirikan pavilion nasional masing-masing di pameran berkenaan.

“Selain itu, rakan kongsi perdagangan utama China seperti AS, Itali, Perancis, India, Korea Selatan, Tunisia dan Brazil, turut mempunyai booth promosi,” katanya.

Kementerian itu berkata, penduduk berpendapatan sederhana China telah menjadi masyarakat mewah dan mereka tertarik kepada produk Malaysia berikutan kualitinya yang tinggi.

Menurutnya, pasaran China mendapat tarikan dan minat yang besar daripada komuniti perniagaan Malaysia berikutan Program Promosi Malaysia 2016 di Shanghai.

Perdagangan Malaysia dengan China pada Januari hingga September 2017 meningkat 24.8 peratus kepada RM212.94 bilion berbanding tempoh yang sama pada 2016.

Eksport ke China melonjak 35.3 peratus kepada RM91.87 bilion disebabkan pertambahan eksport produk elektrik dan elektronik, produk petroleum, produk getah, kimia dan produk kimia serta gas asli cecair.-- Bernama 


Tags / Kata Kunci: Miti , FHC

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan