suria

Shopee Tawar Jualan Murah Super 11.11

SHOPEE, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, menawarkan potongan harga berganda sehingga 90 peratus, sempena Jualan Murah Super 11.11 yang berlangsung 1 hingga 11 November ini.

Pengarah Urusan Serantaunya, Ian Ho berkata, Shopee tampilkan lebih 3,000 jenama dan menyediakan lebih 100,000 produk bawah Jaminan Harga Terendah Shopee.

"Sekiranya mana-mana pelanggan terjumpa produk yang sama dijual pada harga yang lebih rendah di platform lain, Shopee akan beri ganti rugi 120 peratus perbezaan harga tersebut.

"Jualan Murah Super 11.11 Shopee ini masa terbaik pelanggan mendapatkan poto-ngan harga terhebat untuk membeli-belah," katanya.

Ian berkata, Shopee mengadakan Jualan Murah Super 11.11 kerana terima sokongan memberangsangkan penggunanya selepas kejayaan besar Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9, September lalu.

"Dalam Hari Membeli-belah Dalam Talian 9.9, Shopee merekodkan peningkatan pesanan tiga kali ganda dan trafik pengguna sebanyak lima kali ganda dalam 24 jam," katanya.

Sepanjang Jualan Murah Super 11.11 berlangsung, pengguna berpeluang menikmati tawaran hebat berganda termasuk jualan murah RM11, penghantaran percuma dengan pembelian minimum RM20, potongan harga atas produk berjenama popular di Shopee Mall dan banyak lagi.

Selain itu, turut diadakan adalah tiga pusingan Shocking Sale setiap hari yang menampilkan 50 jenis produk kegemaran pada harga terendah serta permainan Spin to Win dengan tawaran pelbagai jenis hadiah bernilai sehingga RM300,000 untuk dimenangi setiap hari.

Ian berkata, Shopee komited sokong PKS tempatan serta bantu mereka bina perniagaan e-Dagang menerusi insentif komisen sifar, penghantaran percuma ke seluruh Malaysia dan kempen mega seperti Jualan Murah Super 11.11.- Sinar Harian

Shopee, Ian Ho

Artikel Sebelum

Artikel Lain