suria

Tetra Pak Guna Pembungkusan Label FSC

TETRA Pak, penyedia penyelesaian pembungkusan dan pemprosesan makanan terkemuka, menggunakan 100 peratus bahan boleh diperbaharui dari hutan yang diperakui Majlis Pengawasan Tanah (FSC) dan bahan terkawal lain, bagi kegunaan di seluruh dunia.

Di Malaysia, lebih 70 peratus daripada bekas pembungkusan dikeluarkan Tetra Pak mempunyai label FSC, sekali gus mengesahkan produk tersebut daripada sumber hutan yang diurus dengan baik dan mematuhi piawaian FSC.




Pengarah Urusan Tetra Pak Malaysia, Singapura dan Filipina, Brian May berkata, pengguna kini semakin sedar terhadap impak alam sekitar terhadap produk yang dibeli dan mengharapkan pengusaha perniagaan membantu mereka dalam membuat pilihan lebih baik.

"Perakuan FSC memainkan peranan sebagai ciri penting bagi pengurusan hutan yang bertanggungjawab.

"Kami menggalakkan pelanggan untuk memaparkan label FSC pada pakej mereka kerana ramai pengguna mengenali dan menghargai label ini," katanya.

Brian berkata, Tetra Pak melancarkan karton minuman FSC pertama secara global pada 2007 dan mencatat skala tinggi selepas itu.

"Pada 2016, kira-kira 65 bilion pakej Tetra Pak dengan label FSC banyak dijual di rak-rak pameran peruncit di seluruh dunia, berbanding 54 bilion pada 2015.

"Trend ini dijangka meningkat apabila pengguna sedar kepentingan label FSC ini," katanya.

Tetra Pak, peneraju dalam industri yang menyokong pembungkusan 100 peratus boleh diperbaharui.- Sinar Harian

Tetra Pak

Artikel Sebelum

Butik Pertama Reebonz Di KL

Artikel Berikut

Artikel Lain