suria

Metro Parking Peroleh Kontrak Pengurusan RM1.1 Juta

KUALA LUMPUR: Unit milik penuh Damansara Realty Bhd, Metro Parking (M) Sdn Bhd (Metro Parking), memperoleh kontrak pengurusan kemudahan tempat letak kereta bernilai RM1.1 juta untuk bangunan Dataran Maybank, Etiqa Twins dan Akademi Etiqa di ibu negara.

Dalam satu kenyataan di sini, syarikat itu berkata kontrak baharu untuk tempoh 36 bulan itu meningkatkan pemerolehan projek Metro Parking dalam perkhidmatan pengurusan tempat letak kereta di Malaysia dan rantau ini.

Bagi 2017, Metro Parking memperoleh kontrak pengurusan tempat letak kereta bernilai RM73 juta, termasuk RM8 juta di Malaysia, RM8.5 juta di Filipina dan RM56.6 juta di Singapura.

"Kami meperoleh galakkan hasil daripada jumlah kontrak pengurusan tempat letak kereta di bawah Metro Parking sejak kami menghidupkan semula segmen perniagaan ini. Kami telah meningkatkan kontrak pengurusan tempat letak kereta sebanyak 12 peratus tahun ini, berbanding tempoh yang sama pada 2016,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Brian Iskandar Zulkarim.

Kumpulan ini mahu mengukuhkan lagi kedudukannya dalam bidang berkenaan, selepas berjaya meraih tiga kedudukan teratas sebagai syarikat pengurusan tempat letak kereta pilihan di Malaysia, dan pilihan utama di Filipina.

Metro Parking menawarkan pelbagai perkhidmatan berkaitan pengurusan tempat letak kereta, termasuk pengurusan tempat letak kereta profesional, reka bentuk dan perundingan.-- Bernama   

Metro Parking

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain