Lebih 450,000 Syarikat Berdaftar GST Akhir September 2017

Diterbitkan: Jumaat, 27 Oktober 2017 4:28 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 454,609 entiti perniagaan mendaftar di bawah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sehingga akhir September 2017.

Menurut Laporan Ekonomi 2017/2018 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, sebahagian besar perniagaan berdaftar adalah dalam sektor perdagangan borong dan runcit, pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal yang keseluruhannya merangkumi sebanyak 34.2 peratus.

Ia diikuti perniagaan dalam sektor pembinaan (17.7 peratus) dan pembuatan (12.4 peratus), menurut laporan tersebut.

Semasa GST diperkenalkan pada April 2015, sejumlah 553 jenis barang dan perkhidmatan adalah berkadar sifar manakala 25 lagi dikecualikan daripada GST.

"Kerajaan terus bekerjasama dengan sektor swasta bagi menambah baik pelaksanaan GST untuk memastikan sistem ini selaras dengan amalan terbaik global," menurut laporan itu.

Antara perubahan terkini yang membolehkan Malaysia menjadi lebih berdaya saing serta menarik pelabur dalam dan luar negara adalah, berkuatkuasa 1 Julai, 2017 perkhidmatan yang ditetapkan untuk dibekalkan kepada pelanggan luar negara berkaitan dengan barangan untuk dieksport tidak tertakluk kepada GST.

Selain itu, berkuat kuasa 1 Julai, 2017 tuntutan terhadap pembaikan waranti yang dibuat oleh pengedar kepada pengeluar luar negara turut dianggap sebagai pembaikan kos dan tidak tertakluk kepada GST.

Menurut laporan itu juga, Jabatan Kastam Diraja Malaysia sentiasa menjalankan audit berkala dan siasatan cukai untuk meningkatkan pematuhan cukai.

“Sejumlah 14,578 kesalahan pelarian cukai telah dikenal pasti bagi tempoh April 2015 sehingga Julai 2017, daripada jumlah ini, 2,097 kes telah didakwa dengan kesalahan dengan 928 kes telah dikenakan denda,” menurut laporan itu.

Langkah lain untuk meningkatkan pematuhan dan mengoptimumkan sumber dalam mentadbir GST adalah pengenalan Sistem Maklumat Elektronik GST pada 1 Julai 2017 bertujuan memastikan bahawa pengisytiharan GST oleh perniagaan adalah konsisten dengan jualan mereka.

Projek perintis system itu melibatkan 1,000 premis perniagaan terpilih di Kuala Lumpur dan Selangor telah di pilih dalam projek perintis.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: GST

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan