suria

Mida Galak PKS Malaysia Teroka Peru, Chile

KUALA LUMPUR: Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia digalakkan meneroka pasaran Peru dan Chile untuk meraih asas pelanggan yang lebih besar, selain memperoleh akses kepada sumber baharu, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida).

Dalam satu kenyataan hari ini, Timbalan Ketua Eksekutifnya, Datuk N. Rajendran berkata komuniti perniagaan dan kerajaan akan memperoleh manfaat jika PKS meneroka pasaran luar kerana langkah itu tidak sahaka akan meningkatkan kehadiran global, bahkan memperkukuh jenama Malaysia.

"Pelaburan syarikat dari kedua-dua  negara  Amerika Latin ini tidak ketara di Malaysia.

"Namun, dengan lebih banyak syarikat tempatan meluaskan capaian mereka di sana, kami yakin usaha itu akan dapat meningkatkan pemahaman komuniit perniagaan di sana mengenai peluang-peluang pelaburan yang terdapat di Malaysia,” katanya.

Rajendran berkata Mida dan Persatuan Perdagangan Antarabangsa PKS Malaysia (SMiTA) menganjurkan bersama ‘SMiTA Biz Connect Day' semalam bagi menggalakkan PKS tempatan meneroka peluang pasaran baharu di Peru dan Chile.

Acara sehari itu menarik kira-kira 100 penyertaan.

Mida, Peru

Artikel Sebelum

Artikel Lain