Sistem Pengedaran Unik Rahsia Kejayaan Kosmetik Korea Selatan - Pakar - Niaga | mStar

Sistem Pengedaran Unik Rahsia Kejayaan Kosmetik Korea Selatan - Pakar

Diterbitkan: Rabu, 25 Oktober 2017 1:23 PM

Kang Hak-hee

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Sistem pengedaran yang unik adalah rahsia di sebalik populariti global jenama-jenama kosmetik Korea Selatan, lapor agensi berita Yonhap memetik kenyataan pemimpin baharu sebuah persatuan saintis kosmetik antarabangsa.

Kang Hak-hee, yang dilantik pada Rabu menjadi Presiden International Federation of Societies of Cosmetics Chemists (IFSCC), berkata jenama tempatan yang mengusahakan kedai sendiri membolehkan mereka mengembangkan strategi pemasaran mereka sendiri.

"Jika tidak ada kedai bebas yang dikendalikan jenama kosmetik, produk-produk itu, tidak kiralah sebagus manapun, akan lenyap begitu sahaja kecuali diambil oleh pengedar," kata Kang dalam satu temu bual dengan Yonhap, di luar persidangan IFSCC ke-24 di Seoul yang berlangsung dari Isnin hingga Rabu.

Beliau juga berkata pengenalan satu siri produk yang laris di peringkat global, seperti bedak asas kusyen dan krim asas mekap yang dikenali sebagai krim BB cream, telah membawa kepada pengukuhan reputasi kosmetik Korea.

"AmorePacific, antara lain, memainkan peranan penting dalam mempromosi produk-produk Korea di luar negara dengan memfokus kepada pembangunan barangan dengan sentuhan tempatan, menggunakan bahan-bahan seperti ginseng, kacang bean dan teh hijau," kata Kang.

Kang adalah wakil bersama Korea Kolmar Co., sebuah syarikat pengeluar reka bentuk asli (ODM) kosmetik, dan pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai teknologi AmorePacific Corp., syarikat kosmetik nombor satu negara itu.-- Bernama 





Tags / Kata Kunci: Kang Hak-hee , Korea Selatan
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan