11street Sasar GMV, CBT Naik 50 Peratus Menerusi Shocking? YES!

Diterbitkan: Isnin, 23 Oktober 2017 3:11 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Portal pasaran dalam talian di Malaysia, 11street, menyasarkan nilai dagangan kasar (GMV) serta dagangan rentas sempadannya (CBT) akan meningkat 50 peratus menerusi kempen beli-belah akhir tahunnya, 'Shocking? YES!'.

Ketua Pegawai Operasinya, Chuljin Yoon berkata jumlah tempahan bagi produk global syarikat itu juga meningkat dua kali ganda pada tahun ini berbanding tahun 2016.

Menurutnya, tempahan paling banyak diterima dari China, Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

“Jumlah tempahan dari China meningkat sembilan kali pada tahun ini dengan lebih 70 peratus pembelian membabitkan segmen produk penambahbaikan kediaman serta penjagaan kesihatan diri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan bersama kempen 'Shocking? YES!' dengan Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia, Tan Sri Datuk Ter Leong Yap, di sini, Isnin.

Yoon berkata, 11street juga akan menawarkan sebanyak 100,000 produk jaminan harga terendah serta kos penghantaran percuma bagi pembelian melebihi RM29 di bawah segmen 'Tawaran Mengejutkan' kempen itu yang bermula pada 1 November sehingga 31 Disember, 2017.

“Sepanjang kempen itu, para pengguna boleh memilih pelbagai produk jenama yang terbabit seperti Globalegrow, Anker dan Aukey selain produk elektronik pengguna dan aksesori teknologi mudah alih," katanya.

Sejajar kedudukannya sebagai pasaran dalam talian nombor dua di negara ini, portfolio perniagaan 11street semakin berkembang dan mempunyai lebih daripada 40,000 penjual, 14 juta produk yang tersenarai serta 16 juta purata kunjungan bulanan.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: 11street

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan