Bajet 2018 Akan Tangani Kenaikan Kos Sara Hidup - OCBC Bank

Diterbitkan: Jumaat, 20 Oktober 2017 2:43 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: OCBC Bank menjangkakan Bajet 2018 akan menangani kenaikan kos sara hidup melalui pelbagai insentif sasaran untuk kumpulan berpendapatan sederhana rendah melalui program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Dasar sosial lain turut terangkum dalam belanjawan bertema “Negaraku Membentuk Masa Depan” itu, yang akan menekankan pendidikan dan latihan, menambah baik standard penjagaan kesihatan serta perumahan mampu milik, menurut bank itu dalam nota mengenai prospek prabajet pada Jumaat.

OCBC Bank berkata, kerajaan mungkin akan memberi perhatian kepada pembangunan ekonomi melalui teknologi seperti robotik dan pengkomputeran awan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi digital di samping mewujudkan persekitaran tepat untuk meningkatkan pengeluaran.

“Dalam usaha menampung perbelanjaan lebih tinggi, kita menjangkakan kerajaan mencatatkan kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sehingga RM47.6 bilion berbanding anggaran 2017 sebanyak RM47.1 bilion.

“Selain itu, hasil cukai  korporat dan pendapatan lebih tinggi dijangka selaras dengan persekitaranekonomi yang agak baik menjelang 2018,” menurut bank itu.

OCBC Bank menjangkakan Malaysia berada di landasan untuk mencapai sasaran baki belanjawan -3.0 peratus sebagai peratusan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2017.

“Defisit belanjawan yang kecil dijangka direkodkan, dengan sokongan hasil lebih tinggi, didahului penerimaan GST sebanyak +14.4 peratus tahun ke tahun, serta duti eksport lebih tinggi (+29.1 peratus tahun ke tahun),” menurutnya.

Hasil yang lebih tinggi akan dapat menyokong perbelanjaan yang agak tinggi (perbelanjaan mengurus: +2.7 peratus dan perbelanjaan pembangunan: +7.9 peratus).

“Keseluruhannya, kami mengunjurkan Malaysia mencatat defisit belanjawan 2.9 peratus daripada KDNK pada 2018, berbanding anggaran 3.0 peratus pada 2017," menurut bank itu.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan