Hyundai Mobis Reka Beg Udara Bumbung Matahari Pertama Dunia - Niaga | mStar

Hyundai Mobis Reka Beg Udara Bumbung Matahari Pertama Dunia

Diterbitkan: Khamis, 19 Oktober 2017 12:46 PM

(Ubah saiz teks)

SEOUL: Hyundai Mobis Co., pembuat komponen kenderaan terbesar Korea Selatan berjaya membangunkan sistem beg udara bumbung matahari untuk industri automobil, lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

"Usaha membangunkan sistem beg udara berkenaan terutama bumbung matahari panoramik untuk kenderaan utiliti sukan (SUV), dijalankan sejak dua setengah tahun lepas, bagi membantu mengurangkan kesan kecedaraan jika kereta terbalik," kata seorang jurucakap syarikat ketika dihubungi.

Langkah itu, sekaligus membantu Hyundai Mobis memperoleh pesanan untuk komponen berkenaan bernilai 6 trilion won (AS$5.3 bilion) dalam pasaran antarabangsa, katanya.

Menurut kenyataan syarikat, pasaran beg udara dijangka berkembang dengan purata 11 peratus setahun menjelang 2022, selaras dengan peningkatan permintaan global.

Menerusi penggunaan sistem beg udara pada bumbung matahari, ia mengambil masa 0.08 saat bagi sistem itu mencegah kecederaan leher dan kepala yang serius jika terbabit nahas jalan raya.

Hyundai Mobis, di bawah rangkaian Hyundai Motor Group adalah pengeluar kereta kelima terbesar di dunia berdasarkan jualan.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Hyundai Mobis
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan