suria

Galaxy S8 Dahului Senarai Telefon Pintar Terbaik

SEOUL: Telefon bimbit Galaxy S8 keluaran Samsung Electronics Co, mendahului senarai telefon pintar terbaik mengatasi iPhone 8 berdasarkan tinjauan majalah pengguna Amerika Syarikat (AS), lapor agensi berita Korea Selatan Yonhap.

Menurut satu laporan pengguna, Galaxy S8 dan Galaxy S8 Plus yang dikeluarkan awal tahun ini, masing-masing menduduki tempat pertama dan kedua.

Sementara model telefon pintar iPhone 8 Plus dan iPhone 8 terbaharu keluaran Apple Inc, masing-masing berada di tempat keempat dan kelima.

Model Samsung Galaxy S7 yang dikeluarkan tahun lepas pula, menduduki tangga ketiga manakala Galaxy Note 8 yang mula dipasarkan pada September berada di tempat keenam.

Model telefon pintar V30 keluaran LG Electronics Inc, tidak termasuk dalam senarai kerana hanya baru berada di pasaran AS bulan ini.

Artikel Lain