Malaysia Pertingkat Inisiatif Halal Antarabangsa

Diterbitkan: Selasa, 17 Oktober 2017 2:32 PM

Ahmad Zahid (empat, kanan) ketika melancarkan Aplikasi Smart Halal sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Halal Malaysia di Dewan Persidangan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Selasa. Turut hadir Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (dua, kiri), Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom (tiga, kiri), Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan (tiga, kanan) dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (dua, kanan).

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia akan mempertingkatkan inisiatif pengantarabangsaan halal  agar berpotensi menarik minat dunia untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan halal global, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, antara inisiatif tersebut adalah menerusi penganjuran program-program antarabangsa baharu seperti Multaqa Lembaga Pihak Berkuasa Halal (IHAB) dan Pameran Inovasi dan Teknologi Halal (HITEx).

"Program-program sebegini akan dapat menzahirkan kepada masyarakat dunia bahawa Halal Malaysia adalah istimewa dan tidak hanya terhad kepada produk serta makanan halal sahaja," katanya dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Halal Malaysia di sini, Selasa.

Ahmad Zahid berkata Malaysia akan turut memanfaatkan aspek halal yang dikenal pasti sebagai sumber ekonomi baharu dengan sebaik-baiknya menerusi Program Transformasi Ekonomi lslam yang dilihat mampu mengubah corak ekonomi lslam semasa agar lebih berdaya saing dan maju.

Pada mesyuarat berkenaan, beliau turut melancarkan Aplikasi Smart Halal yang mampu memudahkan pengguna mendapatkan maklumat berkaitan status sijil Pengesahan Halal Malaysia secara lebih pantas serta tepat.

Timbalan Perdana Menteri berkata aplikasi yang boleh dimuat turun telefon pintar menerusi Play Store atau App Store, adalah hasil kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan  Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerusi inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Selain itu, beliau berkata sebanyak sembilan kertas  pembentangan oleh Jakim, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) turut dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Ini termasuk laporan Inisiatif Pembangunan Pensijilan Halal Malaysia, laporan status terkini pembangunan Pelan Industri Halal Malaysia 2018-2030, cadangan penganjuran Multaqa IHAB, cadangan penganjuran HITEx 2018 serta cadangan Program Transformasi Ekonomi Islam.

Menurut Ahmad Zahid, perkara lain yang turut dibincangkan ialah status terkini inisiatif Pengantarabangsaan Halal dalam Kerangka Pembangunan Industri, status Dana Pemudahcara Bumiputera, impak penganjuran Halal Fiesta Asean (Halfest Asean 2017 serta hasil penganjuran Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2017 (Mihas 2017).-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Smart Halal , Zahid

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan