Maxis, TNS Bekerjasama Tawar Rangkaian Terurus Selamat

Diterbitkan: Jumaat, 13 Oktober 2017 6:56 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Maxis dan Transaction Network Services (TNS) telah menjalin kerjasama bagi menawarkan rangkaian terurus selamat yang terbaik untuk institusi pembayaran dan kewangan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Maxis berkata, melalui gabungan rangkaian berkelajuan tingginya serta kepakaran TNS dalam penyelesaian pembayaran selamat global, syarikat telekomunikasi tersebut akan berupaya menyediakan tawaran bebas bimbang dan terurus sepenuhnya kepada perniagaan.

Ketua Perusahaan Maxis, Loong Tuck Weng berkata, penyelesaian membolehkan perniagaan memberi tumpuan kepada perkara penting dan mereka tidak perlu bimbang mengenai perkara kecil.

“Dengan rangkaian sah Standard Keselamatan Data Industri Kad Pembayaran selamat global TNS, perniagaan boleh yakin bahawa maklumat kad pelanggan dilindungi dan kami dapat membantu mereka menghapuskan kerumitan mengguna dan menguruskan rangkaian mereka untuk perkhidmatan pembayaran,” tambahnya.

Pengarah Urusan Bahagian Pembayaran TNS Untuk Rantau Asia Pasifik , John Tait kerjasama dengan Maxis itu akan membolehkan TNS menawarkan penyelesaian rangkaian pembayaran lebih canggih kepdaa pelanggan mereka.

“Kepakaran kami yang luas dalam penyelesaian pembayaran akan memberi manfaat kepada bank khususnya serta peruncit dalam industri minyak dan gas dan perusahaan pelbagai tapak," katanya.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Maxis , TNS

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan