suria

Miti Cadangkan Pemberian Insentif Automasi Untuk Indistri Pembuatan

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) mencadangkan Bajet 2018 menyediakan insentif untuk memacu pertumbuhan ekosistem automasi dalam kalangan pengilang tempatan dan mempercepat transformasi Industri 4.0 di negara ini.

Menteri Miti Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata Industri 4.0 merupakan agenda yang perlu diberikan keutamaan memandangkan ia memberi kesan secara menyeluruh kepada pengeluaran dan daya saing Malaysia dalam pasaran antarabangsa.

"Kita mesti memberi pengilang insentif kerana mereka perlu melabur ke arah mengautomasikan kilang masing-masing dengan teknologi baharu. Mereka juga perlu beralih daripada proses pembuatan manual konvensional kepada pendigitalan.

“Kita perlu membantu pengilang, perusahaan kecil dan sederhana, untuk melengkapkan diri dengan teknologi tinggi di peringkat awal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Industri 4.0  Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM)  di sini.

Ong berkata penggiat industri pembuatan juga perlu meningkatkan saiz pasaran melepasi Malaysia untuk mencapai matlamat Industri 4.0, memandangkan segmen domestik tidak cukup besar untuk mengekalkan kemampanan mereka.

Beliau turut  menggesa pengilang berusaha menggunakan ciri-ciri menambah nilai dalam bahan yang digunakan dan bukan menjualnya secara mentah.

Artikel Sebelum

Artikel Lain