KNM ulus Kontrak UK EPCC Kepada Chine Western Power Industrial

Diterbitkan: Selasa, 10 Oktober 2017 2:59 PM

Ir.Lee Swee Eng

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: KNM Group Bhd meluluskan kontrak kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) bernilai RM1.9 bilion di United Kingdom kepada China Western Power Industrial Co Ltd.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ir Lee Swee Eng berkata kontrak itu membabitkan pembinaan loji kusas tenaga sisa 36 megawatt (MW) bersih dalam Projek Tenaga Hijau Peterborough untuk tempoh 37 bulan mulai  suku pertama tahun depan.

China Western Power Industrial juga akan membiayai kontrak EPCC.

Apabila Projek Tenaga  Hijau Peterborough siap dan beroperasi, ia akan menyumbang satu lagi aliran pendapatan jangka panjang kepada KNM," kata Lee kepada pemberita selepas majlis menandatangani EPCC di sini.

Kontrak itu ditandatangani oleh Pengerusi KNM, Datuk Abdul Halim Mohyiddin dan Pengerusi China Power Industrial China, Renchao Li.

Lee berkata dalam tempoh tiga tahun, sumbangan pendapatan berulang kepada KNM akan meningkat dengan ketara kepada 70 peratus berbanding 15 hingga 20 peratus pada masa ini.

Beliau juga berkata ini merupakan sumbangan daripada fasa pertama Projek Tenaga Hijau Peterborough, serta fasa kedua perniagaan bio-etanol Thailand, yang kini diperluaskan untuk menghasilkan 500,000 liter sehari berbanding 200,000 liter yang sedia ada.

"Dalam tempoh lima tahun lepas, KNM telah membangun dan melaksanakan strategi untuk menjana pendapatan berulang dan pertumbuhan mampan dalam jangka panjang menerusi perniagaan tenaga boleh baharu, tenaga dan utiliti," katanya.

Lee berkata walaupun KNM terus memperluaskan aliran pendapatan berulang, syarikat itu terus menumpukan pada pendapatan kontrak yang menjadi perniagaan teras syarikat itu untuk jangka panjang.

Pada masa ini, nilai perolehan kontral KNM berjumlah kira-kira RM2.2 bilion, yang akan bertahan selama dua tahun.

KNM disenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia dengan teras perniagaan dalam proses pembuatan peralatan, penyediaan penyelesaian bersepadu, pengurusan projek, kejuruteraan dan perkhidmatan pembinaan untuk tenaga boleh baharu, tenaga, utiliti, penapisan dan industri petrokimia.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan