ABM Nafi Susah Luluskan Pinjaman Perumahan

Diterbitkan: Isnin, 9 Oktober 2017 9:08 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pembeli rumah menghadapi masalah mendapatkan pinjaman sebagaimana dilaporkan sebuah akhbar harian tempatan baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, ABM berkata, laporan itu yang bertajuk ‘Lebih banyak pemaju membantu pembeli rumah dengan bayaran pendahuluan’ pada 20 September 2017, turut mendakwa tempoh untuk meluluskan pinjaman juga telah meningkat.

"Persatuan ingin menyatakan yang kenyataan yang tidak tepat akan menyebabkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai serta mewujudkan persepsi berat sebelah mengenai isu berkaitan pinjaman perumahan secara umumnya.

“Bank sentiasa memberi sokongan dalam memberi pinjaman perumahan kepada peminjam yang layak. Keseluruhan kadar kelulusan pinjaman perumahan kekal tinggi pada 73 peratus daripada permohonan pada suku kedua 2017. Selain itu, 72 peratus daripada peminjam terbabit ialah pembeli rumah kali pertama di bawah kategori rumah mampu milik.

“Dalam tempoh lapan bulan pertama 2017, bank komersial meluluskan lebih RM42.2 bilion dan mengeluarkan kira-kira RM39.5 bilion pinjaman bagi pembelian hartanah perumahan. Oleh itu, pembiayaan masih boleh didapati oleh peminjam berkelayakan," katanya.

ABM berkata, anggota persatuan secara purata mengambil antara dua hingga sembilan hari bekerja untuk memproses permohonan pinjaman perumahan dengan dokumen lengkap yang diserahkan pemohon, yang juga terpakai untuk kes rayuan.

“Pemohon yang tidak menyerahkan dokumen lengkap akan menyebabkan kelewatan dalam proses kelulusan. Bagi pemohon yang tidak berjaya, mereka secara umumnya akan dimaklumkan mengenai status permohonan mereka dalam tempoh satu hingga dua hari bekerja.

“Oleh itu, 60 hingga 90 hari yang diambil untuk kelulusan pinjaman sebagaimana yang dinyatakan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia tidak mencerminkan proses kelulusan pinjaman perumahan yang cepat oleh bank," katanya. - Bernama

Tags / Kata Kunci: Persatuan Bank-Bank Malaysia

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan