CEO Baharu Diyakini Untuk Proton Catat Pulangan Modal Besar - Mustapa

Diterbitkan: Ahad, 1 Oktober 2017 3:01 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Pelantikan Dr Li Chunrong sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB) yang baharu berkuat kuasa hari ini diyakini untuk Proton memperoleh semula pulangan modal yang besar seterusnya mencatatkan keuntungan.

Menteri  Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata perniagaan automotif kini semakin bersifat global malah ia juga penting  untuk negara dan perlu diterajui golongan profesional.

"Mengikut laporan media, CEO ini mempunyai 30 tahun pengalaman dalam beberapa syarikat automotif dan (keputusan) ini (adalah) pemilihan yang dibuat oleh syarikat DRB-Hicom dan sudah pasti syarikat tersebut hendak mendapat balik pulangan modal besar yang mereka laburkan dalam Proton,” katanya semasa sidang media mengenai penganjuran Karnival Usahawan dan Pekerjaan Kelantan 2017 di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan DRB-Hicom Bhd dan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) melantik Li sebagai CEO baharu PONSB menggantikan Datuk Ahmad Fuaad Kenali.

Mustapa berkata, kerajaan tidak campur tangan dalam pelantikan tersebut kerana ia merupakan urusan perniagaan syarikat berkenaan.

“Sesebuah perniagaan itu mesti diterajui oleh orang yang terbaik, siapa jua...bumiputera atau bukan bumiputera. Ini bukan perkara baharu apabila beberapa syarikat milik tempatan diketuai oleh orang asing," katanya.

Mengenai karnival tersebut, Mustapa berkata ia, bertemakan Jom Pakat Niaga  dan Cari Kerja, akan berlangsung pada 5 dan 6 Okt ini di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di Tunjong di sini.

Beliau berkata, karnival tersebut diterajui oleh agensi Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan bertujuan menguar-uarkan peranan ECER serta beberapa pihak lain dalam membantu membangunkan negeri Kelantan.

Katanya, selain mengetengahkan usahawan berjaya di negeri itu, beberapa syarikat besar dari seluruh negara akan turut terlibat dalam karnival berkenaan terutama untuk menawarkan peluang pekerjaan kepada generasi muda.

"Kita anggarkan 5,000 peluang pekerjaan akan dapat ditawarkan kepada pengunjung khususnya golongan muda dan dijangka antara 40,000 dan 50,000 pengunjung hadir ke karnival ini,” katanya.-- Bernama 

Tags / Kata Kunci: Li Chunrong , Proton

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan