suria

Jualan Barang Runcit 11street Malaysia Naik 158 Peratus

KUALA LUMPUR: Jualan kategori barang runcit 11street Malaysia meningkat sebanyak 158 peratus tahun ke tahun dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Chuljin Yoon dalam satu kenyataan berkata lima produk barang runcit utama yang dikenal pasti paling banyak di beli dalam talian di negara ini ialah serbuk malt coklat, susu tepung, lampin, minuman berkarbonat dan bijirin.

"Tingkah laku membeli belah dalam talian di Malaysia telah berubah dengan drastik sejak setahun lalu, daripada  pembelian produk gaya hidup, elektronik dan kecantikan kini turut melibatkan barang runcit dan laris dalam pasaran,” katanya.

Beliau berkata selain itu, trend dalam penghantaran barangan segar juga semakin meluas seiring dengan pertambahan syarikat pemula niaga yang terlibat dengan penghantaran barang runcit.

Justeru itu, bagi memenuhi permintaan yang meningkat terhadap barangan kediaman dan barang runcit dalam talian, 11street melancarkan Mart 11, perkhidmatan penghantaran dalam tempoh 48 jam di Lembah Klang.

“Kami meramalkan potensi dalam pasaran Malaysia untuk terus mengorak langkah dalam revolusi pembelian barang runcit.

"Dengan kewujudan Mart 11, kami yakin 11street akan menjadi peneraju dalam pasaran pembelian barang runcit dalam talian di negara ini,” katanya.

Yoon berkata syarikat itu akan terus menyediakan khidmat kepada pelanggan untuk mendapatkan pelabagai produk yang diingini dengan perkhidmatan logistik yang dipercayai pada kadar yang kompetitif.  -- Bernama


11street

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Aminvest Diiktiraf Peneraju ETF

Artikel Lain