suria

Ketua Takaful Ikhlas Menang Anugerah CEO Terbaik 2017

KUALA LUMPUR: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Takaful Ikhlas Bhd, Datuk Ab Latiff Abu Bakar dipilih sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terbaik 2017 bagi industri Takaful, pada majlis Anugerah Kewangan Islam Dunia (Gifa) 2017.

Menurut satu kenyataan di sini, Jumaat, Ab Latiff dipilih menerima anugerah itu atas berdasarkan sumbangan beliau dalam membangunkan industri Takaful Malaysia menerusi pelbagai inisiatif dan inovasi produk selain usahanya dalam memacu kejayaan Takaful Ikhlas.

“Menerusi kepimpinan Ab Latiff, Takaful Ikhlas mencatat pertumbuhan perniagaan yang kukuh, dalam kedua-dua perniagaan Takaful Keluarga dan Am, dalam tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2017 (FY17),” katanya.

Takaful Ikhlas mencatat pertumbuhan 9.3 peratus sumbangan kasar kepada RM989 juta berbanding RM904.9 juta yang dicatatkan pada FY16.

Sumbangan kasar perniagaan Takaful Keluarga meningkat 10.3 peratus tahun ke tahun kepada  RM674.1 juta manakala sumbangan kasar perniagaan Takaful Am meningkat 7.2 peratus kepada RM315 juta.

Takaful Ikhlas berkata ia berjaya membangunkan produk inovatif bagi memenuhi keperluan dan permintaan yang berbeza, memenuhi semua jenis segmen pelanggan, termasuk individu, keluarga, wanita selain individu berkeperluan khas.

Anugerah CEO Terbaik GIFA 2017 itu merupakan anugerah kedua yang diterima oleh Takaful Ikhlas tahun ini selepas dipilih sebagai Syarikat Takaful Terbaik 2017 pada PersidanganPerbankan Islam dan Takaful Asia ke-7 yang berlangsung bulan lepas.– Bernama

Takaful Ikhlas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain