suria

CEO Proton Bakal Letak Jawatan 30 September

SHAH ALAM: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton Holdings Bhd, Datuk Ahmad Fuaad Kenali akan meletakkan jawatan pada 30 September ini.

Peletakan jawatan itu dibuat selepas pemegang saham dalam firma automotif DRB-Hicom Bhd dan Kumpulan Zhejian Geely Golding Co Ltd semakin hampir mendapatkan kata sepakat terhadap amalan korporat mereka.

Dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia, DRB Hicom berkata, rakan strategik luar negaranya iaitu Geely Holding yang memegang syer sebanyak 49.9 peratus dalam Proton akan melantik calon CEO baharu bagi anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Proton, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (PONSB).

PONSB adalah peroduksi utama kumpulan Proton yang meliputi operasi, pembuatan dan pemasaran.

Selain PONSB dan syarikat induk Proton Holdings, entiti utama dalam kumpulan itu adalah Proton Edar Sdn Bhd.

Bagaimanapun, DRB-Hicom tidak memberi sebarang nama calon, dengan mengatakan bahawa pengumuman akan dibuat dalam masa terdekat.

Sementara itu, laporan dari portal berita kereta China sebelum ini melaporkan bahawa bekas Timbalan Pengurus Besar Dongfeng Honda Engine Co Ltd, Li Chunrong yang secara rasmi menyertai pengurusan kanan Geely, dijangka akan memantau operasi Proton.

Datuk Radzaif Mohamed, yang menjadi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton pada masa yang sama Fuaad dilantik menjadi CEO pada 1 April 2016, akan tetap meneruskan tugasnya di PONSB.

Proton

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain