RM101 Juta Untuk Tiga Projek Modenkan Perkhidmatan Keretapi Sabah

Diterbitkan: Khamis, 14 September 2017 3:18 PM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kerajaan pusat melelui Kementerian Pengangkutan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM101 juta untuk melaksanakan tiga projek memodenkan perkhidmatan keretapi di Sabah, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah berkata tiga projek itu melibatkan projek menaik taraf landasan dari Halogilat Beaufort ke Tenom, memperoleh tiga buah lokomotif Diesel Multiple Unit (DMU) dan menjalankan kajian tentang sistem komunikasi untuk perkhidmatan rel di Sabah.

"Kajian ini akan mengenal pasti peralatan komunikasi yang moden dan sesuai untuk digunakan dalam meningkatkan lagi tahap keselamatan landasan sedia ada sepanjang 134 kilometer dari Tanjung Aru ke Tenom.

Ketiga-tiga projek ini dijangkakan bermula pada tahun ini. Selain itu kementerian saya juga dalam perancangan  memperluaskan rangkaian perkhidmatan rel di Sabah bagi memenuhi tuntutan awam mengenai perkhidmatan pengangkutan ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Kesedaran Perkhidmatan Kereta Api  Kebangsaan Zon Sabah, di sini.

Dalam usaha mempertingkatkan perkhidmatan keretapi di Sabah, Pairin berkata baru-baru ini pihaknya telah melancarkan satu set keretapi baru yang mengandungi tiga unit tren yang beroperasi di laluan Beaufort ke Tenom sejauh 48 kilometer.

Mengulas mengenai program itu, Pairin berkata ia merupakan satu medium yang tepat dalam menyampaikan maklumat dan mendedahkan kepada pelajar tentang keperluan kemahiran dalam industri rel khususnya di Sabah.

"Perkembangan pesat industri rel di negara ini sekali gus menyebabkan permintaan terhadap pekerja mahir dan separa mahir dalam bidang ini, yang dijangka meningkat dan memberi peluang kepada  siswazah   tempatan untuk mengisi pekerjaan tersebut," katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif  Agensi Depositori Teknologi (TDA), Azman Omar berkata program anjuran TDA dan Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) Kementerian Pendidikan Tinggi itu bertujuan untuk memberi pendedahan dan gambaran keseluruhan mengenai perkembangan dan jaminan pekerjaan dalam industri rel di Malaysia.

"JPP telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan enam siri jelajah program ini di seluruh negara dan Politeknik Kota Kinabalu adalah lokasi terakhir bagi program ini.

Program ini antara lainnya bertujuan sebagai inisiatif untuk menutup jurang dalam keperluan modal insan yang mana tenaga kerja industri rel sedia ada di Malaysia adalah 18,000 dan tenaga kerja yang diperlukan sehingga tahun 2030 adalah sebanyak 68,000 pekerja," katanya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan