Saham IOI Corp Tinggi Susulan Pelupusan

Diterbitkan: Rabu, 13 September 2017 1:14 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Harga saham IOI Corporation Bhd di Bursa Malaysia meningkat pada sesi dagangan awal hari ini, selepas syarikat itu mengumumkan bahawa ia melupuskan 70 peratus kepentingannya dalam IOI Loders Croklaan serta perniagaannya yang berkaitan dengan Bunge Ltd, membabitkan sejumlah RM3.94 bilion.

Pada 10.13 pagi, kaunter itu meningkat 17 sen kepada RM4.72, dengan 4.45 juta saham bertukar tangan Maybank Investment Research dalam nota penyelidikannya menyifatkan pelupusan itu tepat pada masanya memandangkan ia akan membolehkan IOI menjalin kerjasama perniagaan strategik dan memanfaatkan rangkaian Bunge untuk menembusi pasaran baharu bagi Loders.

"Bagi kami, ini merupakan pemisahan yang tepat daripada pasaran EU berdasarkan serangan yang semakin meningkat ke atas minyak sawit, selain kempen negatif yang tidak adil.

"Penggantungan pensijilan Meja Bulat bagi Minyak sawit Lestari IOI baru-baru dan kesannya, wajar dijadikan sebagai peringatan yang baik," kata firma penyelidikan itu.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa, IOI berkata urus niaga itu dijangkakan selesai dalam tempoh 12 bulan akan datang, tertakluk kepada kelulusan peraturan dan kelulusan lain, termasuk kelulusan para pemegang saham kumpulan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Lee Yeow Chor berkata memandangkan kepakaran penyumberan minyak sawit dan pengalaman perniagaannya yang berkembang pesat di Asia Pasifik,  IOI masih memain peranan penting dalam IOI Loders Croklaan selepas transaksi itu.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan