Pasukan Petugas Ekonomi Digital MIA Bakal Ubah Profesion Perakaunan

Diterbitkan: Khamis, 7 September 2017 2:23 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Institut Akauntan Malaysia (MIA) menubuhkan Pasukan Petugas Khas Ekonomi Digital bagi menyediakan ahlinya untuk berdepan perubahan dalam profesion perakaunan.

Dalam satu kenyataan, MIA berkata dalam aspek ini, Institut itu memberi tumpuan ke atas gangguan teknologi yang berlaku dalam profesion perakaunan.

MIA akan terus mengukuhkan profesion perakaunan dengan membangunkan bilangan akauntan berkualiti dan profesional untuk menyokong ekonomi negara," kata MIA.

Presiden MIA Salihin Abang berkata ekoran pendigitalan, perakaunan kini semakin berasaskan awan dan diupayakan oleh Data Raya, menjadikannya lebih cekap dan mudah alih.

"Akibatnya, akauntan menghadapi anjakan paradigma dalam peranan dan cara mereka melakukan sesuatu," katanya.

Salihin mengambil alih jawatan itu daripada Datuk Mohammad Faiz Azmi yang tempoh perkhidmatannya berakhir pada 26 Julai 2017.

Audit masa depan akan memberikan jaminan mutlak, dan bukannya jaminan berdasarkan munasabah, memandangkan juruaudit akan mempunyai keupayaan untuk memeriksa semua transaksi.

"Pengauditan masa nyata juga boleh direalisasikan memandangkan kita mendekati persekitaran masa nyata dengan juruaudit boleh mengakses tepat pada masanya, serta mengaudit urus niaga klien yang dilakukan dan menyediakan laporan bertulis secara serentak.

"Selain itu, kita juga menghadapi pengekodan dan komoditisasi pengetahuan profesional, proses automasi dan metodologi, serta kecenderungan terhadap pergantungan besar ke atas risikan," katanya.

Peralihan ini datang dengan permintaan yang semakin meningkat untuk akauntan berteknologi tinggi dengan pemikiran kritis dan kemahiran untuk mentafsir data.

Bagi menampung permintaan, MIA mengambil inisiatif untuk membangunkan pendidikan berorientasikan digital.

Beliau berkata profesion perakaunan yang lebih kukuh di Malaysia merupakan pemacu yang positif untuk masyarakat dan ekonomi.

Bagi membantu ahli mengikuti perkembangan terbaru dalam profesion perakaunan, MIA akan terus menyediakan pelbagai program Pendidikan Profesional Berterusan (CPE) yang telah dibangunkan dengan kerjasama rakan kongsi dan pakar subjek menerusi bengkel, seminar, kursus pendek, forum , dan persidangan, serta pembelajaran dalam talian dan di peringkat dalaman.-- Bernama   


Tags / Kata Kunci: MIA , Salihin Abang

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan