suria

Naza Kia Malaysia Lantik CEO Baharu

Naza Kia ialah anak syarikat Naza Corporation Holdings. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Naza Kia Malaysia, pengedar rasmi kenderaan KIA di  Malaysia, melantik Ivan Kuan Thai Woon sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu syarikat itu berkuat kuasa serta-merta.

Dalam satu kenyataan ia berkata Ivan akan membantu jenama KIA dan melapor terus kepada CEO Kumpulan Automotif Datuk Samson Anand George.

Ivan memiliki pengalaman luas dalam bidang jualan dan pengurusan saluran pengedaran, termasuk pemasaran dan proses pengurusan jenama.

Kerjaya perniagaan beliau bermula dengan perniagaan keluarga dalam industri automotif, memperoleh projek pengedaran dan meluaskan rangkaian perniagaannya.

Jawatan terakhir beliau di MyEG Trade Sdn. Bhd. menyaksikan pembangunan portfolio pajakan kereta  di bawah jenama itu, katanya.

Naza Kia ialah anak syarikat Naza Corporation Holdings. - Bernama

Naza Kia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain