BNM Muktamad Piawaian E-KYC Menjelang Oktober Ini

Diterbitkan: Selasa, 5 September 2017 3:21 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka memuktamadkan piawaian untuk elektronik Kenali Pelanggan Anda (e-KYC) menjelang Oktober ini, selepas menerima maklum balas daripada peserta industri.

Penolong Gabenor BNM, Jessica Chew Cheng Lian berkata susulan itu, keperluan sedia ada bagi pengesahan bersemuka penerimaan pelanggan baharu akan digugurkan untuk syarikat yang menerima kelulusan melaksanakan e-KYC.

“Justeru itu, saya ingin mengumumkan bahawa dalam tempoh terdekat BNM akan mengeluarkan cadangan parameter pengawalseliaan bagi proses pengendalian e-KYC untuk transaksi pembayaran,” katanya di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucaptama pada majlis pembukaan Persidangan Perniagaan Perkhidmatan Wang Asia Pasifik (MAPC) 2017 di sini.

Cheng Lian berkata, perubahan pengawalseliaan untuk memudahkan inovasi masih amat penting bagi bank pusat, dan ia terus menyediakan persekitaran yang menggalakkan inovasi dalam industri kewangan, termasuk industri perniagaan perkhidmatan wang (MSB).

“Pengawalseliaan Sandbox yang diperkenalkan BNM pada tahun lepas, adalah inovasi bagi pendekatan pengawalseliaan, membantu kami mencapainya dengan cara membendung risiko luaran yang hadir bersama inovasi, dan pada masa sama memberi peluang kepada idea baharu yang hebat untuk berkembang,” katanya.

Mengulas usaha BNM bagi e-KYC, Presiden Persatuan Perniagaan Perkhidmatan Wang Malaysia, Ramasamy Veeran berkata, langkah itu akan membantu industri MSB berkembang lebih pantas.

“Ia akan menjadikan proses penerimaan pelanggan lebih mudah, dan menyaksikan lebih banyak persaingan antara industri bukan bank, seperti MSB dan bank,” katanya.

Beliau berkata, teknologi itu digunakan di negara maju seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia.

"Inilah masa yang tepat untuk Malaysia berusaha ke arah penggunannya. Saya yakin setiap peserta industri, termasuk kakitangan perbankan dan insurans tertunggu-tunggu pelaksanaan usaha ini,” katanya.

Pada Mei 2017, Gabenor BNM, Datuk Muhammad Ibrahim dilaporkan berkata bank pusat berharap untuk menjalankan pelaksanaan e-KYC di seluruh industri bagi penerimaan  pelanggan menjelang 2018.-- Bernama

Tags / Kata Kunci: Bank Negara , e-KYC

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan