Presiden Agrobank Tinggalkan Perkhidmatan

Diterbitkan: Khamis, 31 Ogos 2017 1:52 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Agrobank, Datuk Wan Mohd Fadzmi Wan Othman, meninggalkan perkhidmatan berkuat kuasa 31 Ogos, 2017, selepas enam tahun menerajui bank tersebut.

Agrobank dalam satu kenyataan hari ini berkata Ketua Pegawai Kewangan bank itu,  Masaat Awadz, akan menanggung tugas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif sementara lembaga memulakan usaha mencari pengganti  Wan Mohd Fadzmi.

Sebelum pelantikan beliau sebagai Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Wan Mohd Fadzmi memiliki pengalaman luas dalam industri perbankan dan pernah bekerja di hab kewangan utama seperti di London, New York dan Hong Kong selama lebih 15 tahun.

Di Agrobank, beliau memulakan program transformasi lima tahun yang dibangunkan untuk menumpukan kepada memperkasakan perniagaan teras dan asas bank itu dalam memajukan sektor pertanian terutamanya untuk golongan yang tidak dan kurang mendapat liputan.

“Hasil daripada transformasi itu, Agrobank telah berjaya mencatatkan pencapaian sangat membanggakan, antara lainnya, menambah baik proses dan prosedur bagi meningkatkan kecekapan, mengurangkan pembiayaan tidak berbayar kepada satu digit dan membangunkan lebih banyak produk serta pembiayaan yang inovatif dan relevan terutamanya untuk komuniti pertanian,” kata bank itu.

Tahun lepas, Agrobank mencatatkan rekod pertumbuhan yang sangat memberangsangkan iaitu sebanyak 16.9 peratus dengan jumlah nilai pembiayaan mencecah RM8.7 bilion meskipun keadaan ekonomi global yang suram.

“Prestasi membanggakan itu juga merupakan pencapaian terbaik bagi Agrobank sepanjang penubuhannya,” kata bank itu.

Di bawah kepimpinan Wan Mohd Fadzmi, Agrobank telah menerima pelbagai pengiktirafan antarabangsa terutamanya dalam bidang rangkuman kewangan dan pembangunan perbankan manakala Wan Mohd Fadzmi juga menerima dua pengiktirafan iaitu Anugerah CEO terbaik sebanyak dua kali – pada 2016 di majlis Anugerah Kewangan Islam Global dan pada 2017 di Anugerah Kesatuan Institusi Pembangunan Kewangan Asia Pasifik.- Bernama 





Tags / Kata Kunci: Agrobank

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan