Pelantikan Idris Jala Dorong Sunway Bhd Sasar Peluang Pertumbuhan Baharu

Diterbitkan: Rabu, 30 Ogos 2017 6:30 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Sunway Bhd yang juga syarikat induk Kumpulan Sunway, menyasarkan untuk meninjau peluang pertumbuhan baharu menerusi pelantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai pengerusinya.

Pengasas/Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Jeffrey Cheah berkata ini selaras dengan perubahan landskap perniagaan dan pada masa sama membolehkan pengembangan portfolio teras perniagaannya di peringkat domestik dan serantau.

"Perniagaan kami pada masa ini berjalan lancar. Namun, kami juga menyedari keperluan untuk meneroka cabang baharu jika mahu terus cemerlang dalam dekad-dekad akan datang.

"Ini memerlukan Sunway melakukan transformasi kepada sebuah korporat era digital dengan pemikiran baharu serta merebut peluang yang ada. Mengambil kira transisi inilah membawa kami kepada pelantikan Datuk Seri Idris Jala sebagai Pengerusi bersama Sunway Bhd," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) Sunway Bhd di sini, Rabu.-- Bernama   


Tags / Kata Kunci: Idris Jala , Sunway

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan