Untung Sebelum Cukai Hong Leong Naik

Diterbitkan: Khamis, 24 Ogos 2017 3:42 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Hong Leong Financial Group Bhd bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2017, meningkat kepada RM3.09 bilion berbanding RM2.56 bilion yang dicatatkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Perolehan naik kepada RM5.03 bilion berbanding RM4.54 bilion, sebelum ini.

Hong Leong, dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, berkata keuntungan yang lebih kukuh itu dipacu oleh peningkatan sumbangan daripada tiga perniagaan teras yang terdiri daripada perbankan komersial, insurans dan perbankan pelaburan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong, Tan Kong Khoon berkata perniagaan teras kumpulan itu terus menunjukkan kredit dan metrik risiko kecairan yang kukuh selain mengekalkan tumpuan mereka kepada strategi perniagaan.

“Kami gembira mencapai rekod keuntungan sebelum cukai bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2017. Tumpuan kami kekal pada pelaksanaan strategi perniagaan kami yang sejajar dengan pelan digital kami untuk membina nilai jangka panjang yang mampan untuk pemegang saham kami,'” katanya.

Mengenai masa depan, Hong Leong berkata ia menjangka untuk mengekalkan prestasinya sejajar dengan keadaan pasaran bagi tahun kewangan akan datang.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan