McDonald's Tutup 169 Restoran Di India

Diterbitkan: Selasa, 22 Ogos 2017 1:40 PM

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: McDonald's menutup 169 restorannya di wilayah utara dan timur India berikutan pertikaian francais.

Rangkaian makanan segera Amerika Syarikat (AS), mendakwa berlaku kegagalan pembayaran royalti, berkata pada Isnin, ia telah menamatkan perjanjian antara McDonald's India Pvt Ltd dan Connaught Plaza Restaurant Ltd (CPRL).

Usaha sama 50-50 antara ahli perniagaan tempatan, Vikram Bakshi dan syarikat AS, CPRL telahmengusahakan  restoran McDonald's di wilayah utara dan timur India.

McDonald's berkata, CPRL perlu ‘menghentikan penggunaan keseluruhan sistem McDonald's (yang termasuk hak milikan nama, cap dagangan, reka bentuk, penjenamaan, amalan serta dasar operasi dan pemasaran, resepi makanan serta spesifikasi McDonald's) dan harta inteleknya berkaitan semua restoran berkenaan dalam tempoh 15 hari dari tarikh notis penamatan tersebut.

McDonald's mengalami pertikaian berpanjangan dengan Bakshi, yang dipecat daripada jawatan pengarah urusan CPRL pada 2013.

Tribunal Undang-undang Syarikat Negara India pada bulan lepas memutuskan mengembalikan semula jawatan itu kepada Bakshi.

Bakshi berkata, beliau akan meneruskan tindakan undang-undang terhadap penamatan perjanjian francaisinya.

McDonald's telah menutup 43 daripada 55 restorannya di ibu negara India setakat Jun 2017.

Penutupan perniagaan keseluruhan McDonald's di utara dan timur India akan menjejaskan ribuan pekerja.

Syarikat AS itu memasuki India ketika pembaharuan pasaran pada 1990-an dan hari ini ia mengendalikan lebih 300 restoran di 65 bandar.

Rakan francaisnya di wilayah selatan dan barat India ialah Hardcastle Restaurants Private Ltd.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan