Ikea Tubuh Hab Pengedaran Dan Pembekalan Serantau Di Malaysia

Diterbitkan: Selasa, 22 Ogos 2017 2:37 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ikea, peruncit perabot dari Belanda, akan menubuhkan pusat pengedaran dan rantaian pembekalan serantau bagi Asean di Malaysia dengan pelaburan berjumlah RM908 juta.

Pusat itu akan mengguna pakai struktur dan teknologi pusat pengedaran serantau tersebar Ikea di Jerman dan akan menjadi antara 10 pusat pengedaran serantau terbesar Kumpulan Ikea di peringkat global, kata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) dalam satu kenyataan pada Selasa.

“Pusat baharu itu akan menguruskan inventori sebanyak 9,500 unit penyimpanan stok (SKU) bernilai RM6.6 billion setahun.

“Gudang pengkhususan Ikea baharu seluas 100,000 meter persegi itu akan menggunakan sistem teknologi maklumat dan komunikasi bersepadunya dan automasi untuk mengurangkan pergantungan kepada buruh dan meningkatkan dengan ketara ketepatan proses pengurusan inventorinya,” kata Mida.

Menurut Mida, Malaysia sentiasa menjadi pasaran penting bagi Ikea, kerana gedung runcit di negara ini merupakan antara yang paling banyak dikunjungi di seluruh dunia.

Pusat itu akan memberi khidmat kepada 12 gedung Ikea di Asean yang akan meningkat kepada 20 gedung pada 2026.  Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata projek itu merupakan satu pencapaian penting kepada Ikea dan Malaysia.

“Keputusan Ikea untuk memilih Malaysia sebagai pangkalan untuk menyokong peruncit di negara ini, Singapura, Thailand, Indonesia, Vietnam, Filipina dan India, mencerminkan kesesuaian strategik negara dalam menyokong strategi pertumbuhan keseluruhan syarikat itu di rantau Asean.

“Penubuhan ini juga meningkatkan lagi momentum ke arah menjadikan Malaysia hab pengedaran serantau dan gerbang logistik pilihan ke Asia seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Logistik dan Fasilitasi Perdagangan dan Pelan Hala Tuju Strategik e-Dagang Kebangsaan,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan