Malindo Air, All Nippon Airways Umum Kerjasama

Diterbitkan: Isnin, 21 Ogos 2017 4:49 PM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malindo Air telah berkerjasama dengan All Nippon Airways (ANA), satu-satunya syarikat penerbangan bertaraf lima bintang dan terbesar di Jepun, bagi menawarkan penumpang, sambungan yang lebih besar dan lancar merentasi Asean dan lebih daripada 200 laluan rangkaian di bawah syarikat berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air, Chandran Rama Muthy, berkata syarikat penerbangan itu amat sukacita dapat bekerjasama dengan ANA dan membawa penumpang di luar jangkauan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Dengan ANA, penumpang kami akan disambungkan dengan lebih daripada 200 destinasi domestik dan global melalui hab syarikat penerbangan itu di Narita dan Haneda," katanya dalam kenyataan, Isnin.

Katanya,  melalui kerjasama itu, kedua-dua pihak juga akan menghubungkan pelancong daripada rangkaian sedia ada untuk melawat Malaysia.

"Pada masa yang sama, ini akan meningkatkan bilangan penumpang transit di KLIA. Rangkaian laluan kami yang lebih luas akan menyediakan opsyen yang lebih baik untuk penumpang segmen peranginan dan perniagaan," katanya.

ANA adalah rakan kongsi penerbangan Malindo Air yang kelima, selepas Turkish Airline, Qatar Airways, Etihad Airways dan Oman Air.

Malindo Air sekarang ini berkhidmat di lebih 46 buah bandar di 16 negara, termasuk 13 lapangan terbang utama di Malaysia.  --Bernama


Tags / Kata Kunci: Malindo Air , All Nippon

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan