MTDC Lulus RM18 Juta Bagi Dana Pembangunan Teknologi Halal

Diterbitkan: Rabu, 16 Ogos 2017 2:42 PM

Datuk Norhalim Yunus

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) meluluskan RM18 juta bagi Dana Pembangunan Teknologi Halal (Dana Halal) sejak diperkenalkan pada tahun lalu, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Norhalim Yunus.

Beliau berkata sebanyak lapan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerima manfaat daripada dana itu dengan peruntukan antara RM2 juta dan RM3 juta setiap satu untuk meningkatkan keupayaan syarikat yang berasaskan produk atau perkhidmatan halal.

"Bagi tahun ini sahaja, peruntukan bagi Dana Halal telah meningkat daripada RM10 juta pada tahun lalu kepada RM15 juta. Setakat ini, kita masih lagi mempunyai RM7 juta untuk diluluskan.

"Kita melihat permintaan bagi Dana Halal semakin meningkat dan disebabkan itu, kita berharap peruntukan dana ini boleh dinaikkan kepada RM20 juta pada tahun depan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Road2Growth 2017 Zon Timur di sini, Rabu.

Lebih 200 usahawan di sekitar Pantai Timur menghadiri program sehari itu, yang bertujuan untuk memberi penjelasan mengenai perkhidmatan dan program kendalian MTDC yang boleh disertai mereka bagi memajukan perniagaan menggunakan teknologi.

Norhalim turut menyeru usahawan PKS yang terlibat dalam industri halal merebut peluang dana itu berikutan produk halal mempunyai potensi yang besar untuk menembusi pasaran antarabangsa, yang kini didominasi negara jiran.

Katanya skop produk halal juga tidak bermaksud produk akhir semata-mata tetapi meliputi penyediaan setiap bahan yang digunakan dalam penghasilan produk itu yang membawa kepada pasaran yang lebih luas.

Beliau memberikan contoh negara Jepun yang berhasrat untuk meningkatkan permintaan makanan dan produk halal menjelang temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

"Jepun mempunyai tahap piawaian yang sangat ketat sebelum sesuatu produk dapat dibawa masuk ke negara itu. Di sini, peranan MTDC bukan hanya menyediakan dana tetapi kita akan membimbing usahawan untuk mematuhi syarat yang ditetapkan.

"Kita mempunyai empat institusi halal di universiti di Malaysia bagi tujuan itu selain mempunyai pegawai yang mahir dalam bahasa Jepun, yang dapat membantu melancarkan operasi ini," katanya selain menambah mereka juga mempunyai pegawai yang mahir berbahasa Korea, Arab dan Indonesia.

Norhalim berkata selain Dana Halal, MTDC juga mahu melihat lebih ramai usahawan dari Pantai Timur merebut lima lagi dana di bawah MTDC yang masih berbaki RM80 juta untuk diluluskan pada tahun ini.

Beliau berkata usahawan perlu berani mengambil peluang kerana MTDC bukan hanya menyediakan dana tetapi turut menawarkan latihan melalui kerjasama dengan universiti, Akademi Latihan Usahawan Teknologi (TENTRA) dan perkongsian pengalaman.

Perkongsian pengalaman itu bukan hanya melibatkan usahawan yang berjaya tetapi juga dengan usahawan yang mengalami kesukaran supaya mereka yang berminat dapat belajar daripada pengalaman itu, katanya.

"Sebab itu, kita mengurangkan pemberian geran secara terus kepada usahawan kerana kita mahu interaksi yang berterusan dengan mereka. Pemberian dana kini dilakukan mengikut tahap perkembangan syarikat.

"Kita memberi geran separa supaya syarikat yang terlibat dapat dipantau secara berterusan dengan meningkatkan penggunaan teknologi dan keupayaan syarikat untuk bersaing.

"Ini juga akan meningkatkan nilai komersial dan kebolehpercayaan syarikat untuk menarik pembiayaan daripada institusi pembiayaan," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan