suria

Ayamas Tawar Promosi Khas Sempena Merdeka

KUALA LUMPUR: Kedai Ayamas akan menawarkan promosi khas sempena sambutan Kemerdekaan negara, dengan pelanggan boleh membeli dua ekor ayam pada harga RM31.80 pada 31 Ogos, berbanding RM23.50 seekor.

Dalam kenyataannya pada Selasa, operator Ayamas, QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd berkata harga promosi itu adalah berasaskan tarikh kemerdekaan negara.

“Pelanggan boleh memilih barisan ayam khusus kami iaitu Golden Roaster, Pepper Roaster dan Percik Roaster,” kata syarikat itu.

Promosi sehari itu hanya eksklusif di semua  Kedai Ayamas, kecuali Ayamas Roaster Express GM Klang, selagi ada stok.-- Bernama 
Ayamas

Artikel Sebelum

Artikel Lain